Sesi Perbincangan Promosi Kad Konsesi BAS.MY Kuching bersama Wakil Institut Pengajian Tinggi
Sesi Perbincangan Promosi Kad Konsesi BAS.MY Kuching bersama Wakil Institut Pengajian Tinggi
KUCHING, 13 Mac – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Promosi Kad Konsesi BAS.MY bersama wakil Institut Pengajian Tinggi (IPT) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, petang tadi.
Sehubungan itu, LPKP Sarawak telah menjemput wakil daripada Swinburne Kampus Sarawak, UNIMAS dan UiTM untuk bersama-sama dalam sesi perbincangan tersebut dan seterusnya mendapatkan maklum balas daripada wakil IPT dalam mempromosikan perkhidmatan BAS.MY Kuching serta kad konsesi dan pas 30 hari MyKad kepada warga kampus.
Hadir sama ke program tersebut ialah Pengarah Bas Asia, Encik Lai Sing Kiong; Ketua Bahagian Pematuhan LPKP Sarawak, Encik Faizul Azri Suhaili dan Pegawai Penerangan, Puan Normah Ja’afar.