Senarai Laporan Tahunan LPKP dari tahun 2014 – 2020
Tahun 2014 menyaksikan negara berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ini termasuklah fenomena banjir besar yang melanda di beberapa negeri utama di Semenanjung Malaysia serta di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak, kemerosotan harga minyak global dan penyusutan nilai matawang ringgit. Senario ini sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap kerancakan industri kenderaan perdagangan di Sarawak.
Meskipun berhadapan dengan suasana yang mencabar, LPKP Sarawak berjaya mengekalkan momentum positif khususnya dalam memastikan industri kenderaan perdagangan negeri Sarawak terus berkembang pesat serta menyokong kerancakan perkembangan ekonomi Sarawak. Kejayaan ini jelas diterjemahkan berdasarkan jumlah keseluruhan permohonan lesen bagi tahun 2015 yang terus menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Sebagai sebuah agensi pelesenan kenderaan perdagangan, LPKP Sarawak sentiasa memberi penekanan terhdap pelaksanaan dasar-dasar dan syarat-syarat lesen agar sejajar dengan keperluan daya saing semasa. Dalam hubungan ini pada tahun 2016 sebanyak empat (4) dasar-dasar baru telah diperkenalkan oleh lembaga merentasi pelbagai mod kenderaan perdagangan. Butiran lanjut berhubung penambahbaikan dasar tersebut turut diperincikan di dalam laporan ini. Penambahbaikan dasar telah membantu dalam memantapkan lagi urusan pelesenan dengan pelanggan samada dari pihak swasta mahupun kerajaan.
LPKP Sarawak sentiasa komited dalam menyumbang dan menjayakan hubungan diplomatik serta kerjasama di dalam semangat BIMP EAGA dan SOSEK MALINDO. Penglibatan LPKP Sarawak di dalam forum, mesyuarat, dialog serantau khususnya di di antara Brunei Darussalam dan Indonesia telah memberi pelaung kepada pemain-pemain industri tempatan dalam meningkatkan daya saing perkhidmatan kenderaan perdagangan di Sarawak dan membantu dalam menjana pertumbuhan sosio ekonomi Negara,
Tahun 2018 adalah tahun yang bersejarah di mana kita telah menyaksikan perubahan kepimpinan tertinggi negara dan sekaligus merubah senario tadbir urus permintahan Kerajaan Persekutuan. Namun hal ini tidak mengubah peranan LPKP Sarawak dalam memastikan industri pelesenan kenderaan perdagangan di negeri Sarawak sentiasa berdaya saing dan bergerak maju ke hadapan.
LPKP Sarawak sentiasa memainkan peranan dengan mengadakan kerjasama bersama pemegang-pemegang taruh dan pemain-pemain industri kenderaan perdagangan demi kepentingan rakyat terutamanya di negeri Sarawak. Ini kerana sektor kenderaan perdagangan adalah salah satu tunjang utama dalam menjana ekonomi negara. Seiring dengan perkembangan pasaran e-dagang, perkongsian pasaran yang lebih besar untuk pembelian dalam talian akan mengurangkan perjalanan pengguna untuk tujuan membelibelah, tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan trafik kenderaan perdagangan. Perancangan masa hadapan perlu mengambilkira perubahan ini, terutamanya dalam penghantaran batuan terakhir ke kawasan bandar yang sesak serta penggunaan pelbagai teknologi dan model perniagaan baharu.