
BAS BERHENTI-HENTI
‘bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan untuk membawa penumpang pada suatu perkhidmatan yang mengandungi peringkat tambang, dengan tambang, jadual waktu dan jadual tambang yang berasingan bagi setiap peringkat tambang
BAS EKSPRES
‘bas yang berulang-alik sepanjang laluan yang dibenarkan dengan jadual waktu dan tambang, untuk membawa penumpang mengikut tambang berasingan pada suatu perkhidmatan yang tidak mengandungi peringkat tambang yang jaraknya kurang daripada tiga puluh dua kilometer
BAS SEKOLAH
‘bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain’
BAS PEKERJA
‘bas yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja dalam mana-mana industri ke dan dari tempat kerja mereka dan sebaliknya’