Latar Belakang

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan dibawah Seksyen 3, AKTA LPKP 1987 (Akta 334) dan bertanggungjawab untuk melaksanakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) dan Kaedah-kaedah yang telah diperuntukan di bawahnya.
Pada tahun 2018, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334)
Ibu Pejabat LPKP Sarawak terletak di Kuching dan mempunyai dua (2) buah pejabat cawangan iaitu di Sibu dan Miri.
Sejarah

1958
1988
LPPJ ditukar nama kepada Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan (LPPJ) Sarawak di bawah Kementerian Perusahaan Awam (KPA) – Seksyen 3, Akta LPKP 1987 (Akta 334)
1995
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN)
2004
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
2009
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
2018
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan Malaysia
Objektif
Teras dan Strategi
TERAS 1
Memantapkan pelesenan kenderaan perdagangan melalui penggubalan dan pengemaskinian perundangan.
Mengemaskini Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] untuk kekal relevan
Menggubal dan mengkaji semula dasar-dasar pelesenan seiring dengan perkembangan semasa.
TERAS 2
Memantapkan pengurusan pelesenan dengan efisien dan berintegriti
Memperkukuhkan sistem pelesenan yang berintegriti, efisien dan mampan.
Mentransformasi sistem pelesenan secara digital.
TERAS 3
Memperkasakan penguatkuasaan dan pematuhan perundangan yang berkaitan dengan kenderaan perdagangan bagi meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan.
Memperkukuhkan penguatkuasaan dan meningkatkan kesedaran bagi memastikan pematuhan kepada perundangan melalui kerjasama strategik.
Melaksana dan memantau program-program berimpak tinggi bagi menjamin pengangkutan awam yang selamat dan kondusif.
TERAS 4
Memantapkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia dan pentadbiran.
Menguruskan kewangan dan perakaunan yang cekap.
Memperkasakan perkhidmatan infrastruktur, keselamatan siber dan pembudayaan ICT
Meningkatkan jalinan kerjasama dan program promosi.