16.10.2026 : SATU STANDARD, SATU HALA TUJU — MEMPERKASA PROSES KERJA PELESENAN LPKP SARAWAK
KUCHING, 16 Oktober 2026 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menganjurkan Bengkel Prosedur Kerja Bahagian Pelesenan Tahun 2026 selama tiga hari, bermula 14 hingga 16 Oktober 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Bengkel tersebut melibatkan seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Cawangan Sibu dan Cawangan Miri, yang hadir secara fizikal sepanjang bengkel berlangsung.
Penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk mengkaji semula proses kerja pelesenan berdasarkan pekeliling terkini LPKP Sarawak, memperkukuh pemahaman peserta terhadap pekeliling dan pindaan berkaitan pelesenan, serta meningkatkan kecekapan penggunaan sistem i-SPKP.
Selain itu, bengkel ini turut memberi penekanan kepada penyelarasan proses kerja permohonan lesen bagi memastikan pelaksanaan prosedur yang lebih seragam, teratur dan konsisten di Ibu Pejabat serta Cawangan LPKP Sarawak.
Antara pengisian utama bengkel ialah pembentangan proses kerja dan senarai semak bagi semua kelas lesen, taklimat mengenai Dokumen Perjanjian (Kontrak) dan Ubah Syarat oleh Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline anak Charlie, dan Refresher Course Sistem i-SPKP.
Melalui bengkel ini, LPKP Sarawak berharap agar tahap kefahaman dan kecekapan pegawai dalam mengendalikan permohonan lesen dapat dipertingkatkan, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan berkualiti kepada pelanggan.
LPKP Sarawak terus komited dalam memperkukuh tadbir urus pelesenan melalui penyelarasan prosedur kerja dan pemantapan kecekapan perkhidmatan.
#LPKPSarawak #MOTMalaysia #BengkelPelesenan2026 #iSPKP














