Taklimat Penyelarasan Dasar Pelesenan LPKP Sarawak
Published On: November 11, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 6 November – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian telah hadir ke sesi Taklimat Penyelarasan Dasar Pelesenan yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Sesi taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua anggota Lembaga LPKP Sarawak mengenai dasar-dasar pelesenan LPKP Sarawak; membentangkan hasil perbincangan bersama LPKP Sabah mengenai penyelarasan dasar pelesenan di antara LPKP Sarawak dan LPKP Sabah; dan menyelaras semula dasar-dasar pelesenan LPKP Sarawak dengan persetujuan semua anggota Lembaga.
Seramai 6 orang ahli lembaga, ahli silih ganti serta wakil ahli lembaga dan 13 orang pegawai LPKP Sarawak telah menghadiri sesi taklimat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Abang Hj. Ibrahim.
Turut hadir sama ke sesi taklimat tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Ahli Lembaga, Encik Roland Engan dan Encik Afiq Fikri Brahim; Ahli Silih Ganti, ASP Mohamad Radzi Hatta; wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Encik Raymond Menjang serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!