KENDERAAN BARANGAN (PEMBAWA A DAN PEMBAWA C)

  1. Permohonan Individu dan Syarikat Milik Tunggal / Perseorangan dan Syarikat Perniagaan Perkongsian; layak memohon maksimum 2 set lesen sahaja samada 2 set kenderaan (2 Prime Mover dan 2 Trailer) atau 2 lesen (rigid) atau 1 set kenderaan (1 Prime Mover dan 1 Trailer) dan 1 lesen (rigid). Manakala Syarikat Sdn Bhd tiada had bilangan milikan
  2. Keperluan Modal Terkumpul / Pusingan (operasi) ialah 30% daripada harga kenderaan yang akan dibeli.
  3. Ada keperluan perkhidmatan dan mempunyai kontrak pengangkutan.
  4. Tempoh sah laku lesen tidak melebihi 5 tahun.
  5. Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempat letak kenderaan dan perhentian / terminal.
  6. Bebas saman daripada JPJ, PDRM dan LPKP.
  7. Had berat kenderaan yang dilesenkan tertakluk kepada Sekatan Had Berat yang ditentukan di dalam Perintah Sekatan Berat 1989 (Pindaan 2003) bagi Lori Pembawa ‘A’ dan Pembawa ‘C’.
  8. Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan Resolusi Pengarah yang telah disahkan bagi mendapat pengesahan Penandatangan Cek.
  9. Pindahmilik :
    • Lesen individu boleh ditukarmilik kepada keluarga terdekat iaitu suami atau isteri dan anak-anak. Bagi lain-lain anggota keluarga akan diputuskan oleh LPKP berdasarkan merit.
    • Surat Tawaran Kelulusan (STK) tidak boleh dipindahmilik.
    • Pertukaran pemilikan syarikat daripada Bumiputera kepada Bukan Bumiputera adalah tidak dibenarkan.

TEKSI / KERETA SEWA

  1. Permohonan Individu dan Syarikat Milik Tunggal / Perseorangan dan Syarikat Perniagaan Perkongsian; maksimum hanya 1 lesen Teksi atau Kereta Sewa sahaja. Tiada had lesen bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd.
  2.  Keperluan Modal Terkumpul / Pusingan (operasi) ialah 30% daripada harga kenderaan baru.
  3. Tempoh sah laku lesen tidak melebihi 7 tahun bagi kelas lesen teksi dan kereta sewa manakala 5 tahun bagi kelas lesen teksi eksekutif, teksi mewah dan kereta sewa dan pandu.
  4. Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempat letak kenderaan dan perhentian / terminal (kecuali bagi pemilikan lesen teksi / kereta sewa individu).
  5. Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan Resolusi Pengarah yang telah disahkan bagi mendapat pengesahan Penandatangan Cek.
  6. Pindahmilik :
    • Lesen individu boleh ditukarmilik kepada keluarga terdekat iaitu suami atau isteri dan anak-anak. Bagi lain-lain anggota keluarga akan diputuskan oleh LPKP berdasarkan merit.
    • Surat Tawaran Kelulusan (STK) tidak boleh dipindahmilik.
    • Pertukaran pemilikan syarikat daripada Bumiputera kepada Bukan Bumiputera adalah tidak dibenarkan.

BAS

  1. Permohonan Individu dan Syarikat Milik Tunggal / Perseorangan dan Syarikat Perniagaan Perkongsian; maksimum hanya 2 lesen sahaja (jumlah keseluruhan kelas lesen) kecuali bagi lesen Bas Sekolah.
  2. Keperluan Modal Terkumpul/Pusingan (operasi) ialah 30% daripada harga kenderaan baru.
  3. Tempoh sah laku lesen tidak melebihi 5 tahun.
  4. Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tempat letak kenderaan, perhentian / terminal dan laluan.
  5. Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan Resolusi Pengarah yang telah disahkan bagi mendapat pengesahan Penandatangan Cek.
  6. Pindahmilik :
    • Lesen individu boleh ditukarmilik kepada keluarga terdekat iaitu suami atau isteri dan anak-anak. Bagi lain-lain anggota keluarga akan diputuskan oleh Suruhanjaya berdasarkan merit.
    • Surat Tawaran Kelulusan (STK) tidak boleh dipindahmilik.
    • Pertukaran pemilikan syarikat (pemilikan ekuiti) daripada bertaraf Bumiputera kepada Bukan Bumiputera adalah tidak dibenarkan.
  7. Pemohon lesen bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini dan bas pengantara dikehendaki mengemukakan Kajian Pasaran yang merangkumi justifikasi keperluan, peta laluan dipohon beserta maklumat lesen pengusaha lain (Nama syarikat, jumlah lesen / bilangan lesen) yang beroperasi di laluan yang sama.
  8. Pemilikan ekuiti asing dalam pemilikan lesen perkhidmatan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan kecuali bas persiaran.
  9. Permohonan pemilikan lesen pengangkutan awam yang berteknologi tinggi, pemilikan ekuiti asing adalah dibenarkan sehingga 100%.