DASAR KHUSUS LORI PEMBAWA “A” (BUKAN KONTENA)
- Lesen Pembawa A boleh menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai pembawa barangan.
- Dikeluarkan kepada syarikat milik tunggal / perkongsian / syarikat Sdn Bhd / Syarikat Berhad / persatuan / koperasi
- Pemberian lesen diberikan kepada penduduk negeri Sarawak atau mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan ekuiti penduduk Negeri Sarawak
- Berniaga dalam bidang pengangkutan
- Bukti keperluan (kontrak) untuk perkhidmatan pengangkutan;
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM200,000 bagi syarikat Sdn Bhd dan syarikat Berhad dan RM 50,000 bagi syarikat milik Bumiputera.
- Penetapan nisbah 1 Penggerak Utama: 1 Semi Trailer
DASAR KHUSUS LORI PEMBAWA “A” (KONTENA)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
- Mempunyai ekuiti dalam syarikat 51% Bumiputera dan 49% bukan bumiputera ;
- Bukti keperluan bagi perkhidmatan pengangkutan ;
- Penetapan nisbah maksimum 1:7 iaitu 1 penggerak utama kepada 7 trailer ;
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM 500,000.
DASAR KHUSUS LORI PEMBAWA “C”
- Lesen yang membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan sendiri bagi atau berhubung dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yagn dijalankan olehnya, tetapi hendaklah menjadi duatu syarat lesen itu bahawa tiada kenderaan dibenarkan akan digunakan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah selain daripada barangan yang dijual dan diserah hantar oleh pemegang lesen itu di bawah suatu kontrak jualan di mana suatu caj dibuat bagi penyerahantaran barangan tersebut..
- Pengeluaran lesen secara terbuka kepada syarikat milik tunggal, perkongsian, pertubuhan, koperasi, Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad;
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000.00 bagi Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad manakala bagi syarikat milik Bumiputera sekurang-kurangnya RM 25,000.00;
- Ekuiti syarikat dibenarkan pemilikannya 100% asing;
- Lori dengan BDM 7,500 kg dan ke bawah dikecualikan daripada berdaftar dengan LPKP Sarawak (Kategori decontrolled) jika membawa barang-barang kepunyaan sendiri.
- Penglibatan dan kejayaan koperasi masih terhad dan di tahap yang rendah.
- Dasar Kerajaan menggalakkan koperasi turut terlibat dalam rantaian perniagaan perkhidmatan kenderaan perdagangan.
DASAR KHUSUS TEKSI/TEKSI EKSEKUTIF & KERETA SEWA – INDIVIDU
- Berumur antara 21 – 60 tahun sehingga pada tarikh memohon
- Keutamaan kepada bekas anggota keselamatan dan bekas pemandu kerajaan
- Memohon di pangkalan di mana pemohon bermastautin.
- Pemohon akan ditemuduga oleh urus setia LPKP Sarawak
- Had umur kenderaan yang dibenar untuk dilesenkan tidak melebihi 6 tahun dari tarikh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Penolong Pemandu yang hendak dilantik mestilah terdiri daripada ahli keluarga terdekat seperti bapa / ibu / anak / suami / isteri / abang / kakak / adik. Manakala pelantikan Penolong Pemandu selain daripada keluarga terdekat tertakluk kepada kelulusan Lembaga.
- Had umur bagi teksi / teksi eksekutif sehingga usia kenderaan 15 tahun.
BAS SEKOLAH
- Bas sekolah menjalankan perkhidmatan secara eksklusif untuk membawa murid-murid atau kakitangan sekolah atau institusi pendidikan lain dalam sesuatu kawasan operasi yang dihadkan dalam Bahagian yang sama
- Dikeluarkan kepada syarikat milik tunggal, perkongsian, sendirian berhad, berhad, persatuan, koperasi dan institusi-institusi pendidikan;
- Mulai 1 Januari 1988 semua pemegang lesen bas sekolah disyaratkan mengecat bas sekolah dengan warna ‘amber’ mengikut spesifikasi seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987;
- Had umur bagi bas sekolah sehingga usia kenderaan 30 tahun.
BAS PEKERJA
- Dikeluarkan kepada syarikat milik tunggal / perkongsian, syarikat sendirian berhad, syarikat berhad, pertubuhan atau koperasi;
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000 bagi syarikat Sdn Bhd dan syarikat Berhad dan RM 25,000 bagi syarikat milik Bumiputera.
- Bukti kontrak keperluan pengangkutan pekerja.
- Warna Bas Pekerja adalah ‘Datsun Blue’
- Had umur bagi bas pekerja sehingga usia kenderaan 30 tahun.