Kunjungan Hormat SSM Ke LPKP Sarawak
KUCHING, 29 November 2023 – Pengarah Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak, Encik Ramle Leen serta rombongan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga, pagi tadi.
Rombongan daripada SSM telah disambut oleh Pemangku Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Perancangan Strategik).
Manakala itu, kunjungan hormat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mengadakan jaringan kerjasama serta perkongsian maklumat di antara SSM Sarawak dan LPKP Sarawak.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Bahagian Pelesenan), Puan Rosidah Mohtar; Pengurus Seksyen Penguatkuasaan SSM, Encik Kelvin Fossilian serta Pegawai Pendakwa SSM, Encik Muhamad Faiz Othman.