Sesi Roadshow iSPKP & Outreach Limbang
LIMBANG, 15 Ogos 2024 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Cawangan Miri telah mengadakan sesi Libat Urus (Roadshow) Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) dan program Outreach Limbang bersama pelesen kenderaan perdagangan bertempat di dua buah lokasi iaitu Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Limbang serta Jabatan Pengairan dan Saliran Limbang bermula semalam hingga pagi tadi.
Program selama dua hari tersebut bertujuan untuk memberi sesi penerangan kepada pelesen kenderaan perdagangan mengenai pelaksanaan Sistem iSPKP secara atas talian serta memberi khidmat nasihat berkaitan permohonan lesen LPKP Sarawak.
Seramai 36 orang pelesen, ahli persatuan pelesen serta syarikat kenderaan perdagangan sekitar Limbang telah hadir ke sesi tersebut.
Taklimat berkaitan sistem iSPKP telah disampaikan oleh pegawai daripada pihak Century Software, Encik Safizul Faizal dan Encik Wilthon Sawing Seta.
Pelesen yang hadir mengambil peluang untuk membuat pendaftaran sistem iSPKP serta mengemukakan pertanyaan dan permohonan berkaitan pelesenan LPKP Sarawak.
Turut hadir ke sesi tersebut ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat LPKP Sarawak, Puan Normah Ja’afar dan Penolong Pegawai Tadbir LPKP Cawangan Miri, Encik Saini Tamin.