SESI PERTEMUAN GRAB SARAWAK BERSAMA PENGARAH LPKP SARAWAK PADA 11 NOVEMBER 2022
Sesi Pertemuan Grab Sarawak bersama Pengarah LPKP Sarawak, Puan Masitah Annuar telah diadakan pagi tadi (11 November 2022) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, Kuching.
Rombongan Grab Sarawak telah diketuai oleh Ketua Wilayah Borneo, Encik Kelvin Lam bersama-sama dengan Pengurus Operasi Wilayah Borneo, Cik Joyce Lee; Pengurus Perancangan Komersial, Encik Victor Gan dan Ketua Operasi Bandar, Puan Jessamine Yong.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Bahagian Pelesenan LPKP Sarawak, Puan Siti Khairuniza Ibrahim; Pegawai Undang-Undang, Cik Jacqueline Charlie; serta pegawai-pegawai Pelesenan, Puan Irini Ibrahim dan Cik Nur Hafizah Mahrib.