Sesi Perjumpaan LPKP Sarawak bersama Persatuan-Persatuan Teksi Sarawak pada 12 Mei 2022
Published On: Mei 12, 2022Categories: Berita, Galeri

Sesi Perjumpaan LPKP Sarawak bersama Persatuan-Persatuan Teksi Sarawak telah diadakan pada 12 Mei 2022 bertempat di ibu pejabat LPKP Sarawak.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah LPKP Sarawak, Puan Masitah Annuar, yang bertujuan untuk membincangkan perihal Penjenamaan Semula Perkhidmatan Teksi di Sarawak serta isu-isu lain yang dibangkitkan oleh persatuan.

Sesi perjumpaan kali ini juga turut dihadiri secara maya oleh Persatuan-Persatuan Teksi wilayah tengah dan utara Sarawak yang berpusat di pejabat LPKP cawangan Sibu dan Miri.

Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali dan pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!