Sesi Perjumpaan YB Menteri Pengangkutan Malaysia Bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA)
Published On: Januari 9, 2024Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman

KUCHING, 8 Januari 2024 – Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) bertempat di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, petang tadi.
Seramai 22 orang ahli persatuan yang terdiri daripada syarikat-syarikat bas di Sarawak telah menghadiri sesi perjumpaan tersebut yang diketuai oleh Pengerusi SBTCA, Encik Mohd. Atan Abdullah dan Setiausahanya, Encik William Chan.
Beberapa isu yang berkaitan dengan industri pengangkutan bas di Sarawak telah dibincangkan semasa sesi perjumpaan tersebut.
Hadir sama dalam sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Dato’ Jana Santhiran a/l Muniayan; Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling; Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), YBhg. Datuk Azlan Shah Al Bakri serta Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Tuan Aedy Fadly Ramli.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!