Sesi Libat Urus Bersama Syarikat E-Hailing di Sarawak
Published On: Mac 21, 2025Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Makluman, Uncategorized @ms
Sesi Libat Urus Bersama Syarikat E-Hailing di Sarawak
KUCHING, 20 Mac – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian telah mempengerusikan satu Sesi Libat Urus bersama syarikat e-hailing (EHO) di Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi libat urus tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Geofencing bagi kenderaan e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Sibu yang disampaikan oleh Pengurus Kanan, Malaysia Airport Sdn. Bhd. (Kuching), Ir. Jun Iskandar Murshidi.
Selain itu, sesi ini turut membincangkan cadangan pemandu teksi menggunakan aplikasi syarikat e-hailing bagi menggantikan meter bagi caj bayaran penumpang.
Setakat ini, hanya 4 buah syarikat e-hailing (EHO) yang berdaftar di bawah LPKP Sarawak iaitu, GrabCar, MyCar, Airasia Ride dan Maxim.
Hadir sama ke sesi libat urus tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Pegawai Trafik PDRM, ASP Mohamad Radzi Hatta; Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noorsheena Mohd Maideen; Pengurus Operasi Wilayah Borneo GrabCar, Puan Joyce Lee; Pengarah Syarikat Maxim, Encik Mohammad Hazwan Musley serta wakil-wakil Ahli Lembaga daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak dan JPJ Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!