SESI LAWATAN KSU KE LPKP SARAWAK JULAI 2023
Published On: Julai 21, 2023Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman

KSU MOT adakan Lawatan Kerja ke LPKP Sarawak

KUCHING, 20 Julai 2023 – Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan (MOT), YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga pagi tadi.

Lawatan kerja ke LPKP Sarawak ini merupakan antara aktiviti dalam rangka lawatan kerja YBhg. Dato’ Jana sebagai Ketua Setiausaha MOT ke Sarawak.

Semasa lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Jana telah diberikan taklimat pengoperasian LPKP Sarawak oleh Pengarahnya, Puan Masitah Annuar serta turut membincangkan langkah-langkah penambahbaikan dan inisiatif baharu bagi menaiktaraf industri pengangkutan perdagangan dan pengangkutan awam di Sarawak.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Bahagian Perancangan Strategik), Encik Razami Mohamad Jamali; Timbalan Pengarah (Bahagian Pelesenan), Puan Rosidah Mohtar; Pegawai Khas kepada KSU, Encik Nik Mohd Faiz Nik Mohamad serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!