Sesi Kunjungan Hormat Pengarah LPKP Sarawak kepada Setiausaha Tetap MPHLG Sarawak
KUCHING, 12 September – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak, bertempat di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, petang tadi.
Rombongan LPKP Sarawak telah disambut oleh Timbalan Setiausaha Tetap MPHLG Sarawak, YBrs. Encik Desmond Douglas Jerukan yang mewakili Setiausaha Tetap MPHLG Sarawak.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan infrastruktur bagi pengangkutan awam di Sarawak di samping berkongsi pandangan serta membuka ruang kerjasama strategik di antara LPKP Sarawak dan MPHLG Sarawak.
Turut hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.








