Sarawak Metro bersama LPKP Sarawak
KUCHING, 25 Jun – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian telah mempengerusikan sesi perbincangan bersama pihak Sarawak Metro bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi perbincangan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan LPKP Sarawak berkaitan status penggunaan bas hidrogen Sarawak Metro sebagai bas catar dan bas pengantara bagi projek KUTS. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan Sarawak Metro, Encik Mohamed Fairoze Mohamed Hadli.
Rombongan daripada Sarawak Metro diketuai oleh Ketua Jabatan Operasi Bas Pengantara Hidrogen, Encik Mohd Ismaddy Mohd Yazid; Pengurus Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan, Encik Exquande Hazmee dan Jurutera Bas Hidrogen, Encik Muhammad Razi Yunus.
Hadir sama ke sesi perbincangan tersebut ialah Ahli-Ahli Lembaga LPKP Sarawak, Puan Liza Jayub Abdullah, ASP Mohamad Radzi Hatta; wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Cik Yong Zheng Yang; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim serta Pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.