PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia. Permohonan kini boleh dibuat secara dalam talian sehingga 3 Mac 2023 di portal https://esilav2.jpa.gov.my.
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada secara serahan tangan atau pos.
- Maklumat lanjut, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.myatau hubungi talian 03 – 8885 3053/ 3571 atau e-mel ke penawaranldp@jpa.gov.my untuk sebarang pertanyaan.
- Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan ini kepada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada.
- Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Amanah,
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
E-mel : komunikasi@jpa.gov.my
Faks : +603 8889 2217