Mesyuarat Penyelarasan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Wilayah Sarawak
KUCHING: Isnin – Mesyuarat Penyelarasan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Wilayah Sarawak telah berlangsung pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama LPKP Sarawak.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Norizan Jili; adalah pertama kali diadakan yang bertujuan menyelaras isu-isu melibatkan agensi, program-program kolaborasi dan kursus untuk tahun hadapan.
Hadir sama semasa mesyuarat tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Masitah Annuar, wakil-wakil agensi di bawah MOT iaitu Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Wilayah Sarawak serta Lembaga Pelabuhan Bintulu.