MBJ-AKRAB LPKP Sarawak Adakan Program Pendakian Bukit Kuil Sri Maha Mariamman, Matang
Published On: Julai 29, 2025Categories: Articles, Berita, Galeri, Makluman, Uncategorized @ms
KUCHING, 26 Julai 2025 – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) LPKP Sarawak telah mengadakan program pendakian bertempat di bukit Kuil Sri Maha Mariamman, Matang, Kuching.
Program yang diketuai oleh Haji Mohd. Hafiez Abdillah selaku ahli MBJ dan AKRAB ini adalah merupakan salah satu pengisian aktiviti riadah yang dirancang oleh MBJ LPKP Sarawak bagi tahun 2025 yang bertujuan menggalakkan warganya bergerak aktif bagi menjaga kesihatan mental dan fizikal selain membantu meningkatkan kesejahteraan psikologi dan sosial dalam kalangan warga LPKP Sarawak.
Seramai kira-kira 30 orang peserta yang terdiri daripada warga LPKP Sarawak Ibu Pejabat bersama ahli keluarga masing-masing telah menyertai program tersebut yang bermula pada jam 6.30 pagi.
Turut menyertai program pendakian tersebut ialah Pengerusi Pekerja MBJ; Puan Rohani Sulaiman; Pegawai Undang-Undang yang juga merupakan salah seorang ahli AKRAB, Puan Jacqueline Charlie serta Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Carlos Remonza Sullong.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!