MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2025
Published On: Januari 14, 2025Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 dan Majlis Penghargaan Pegawai LPKP Sarawak
KUCHING, 10 Januari 2025 – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menyampaikan ucapan amanat bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 LPKP Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Dalam ucapan tersebut, beliau mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 dan berterima kasih kepada warga LPKP Sarawak di atas segala usaha dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2024.
Puan Cornelia turut menekankan supaya warga LPKP Sarawak sentiasa memastikan setiap kerja perlu dilakukan secara berintegriti dan mematuhi tatakelola yang ditetapkan. Warga juga perlu bersedia dengan arahan pusingan kerja pada tahun ini seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh warga LPKP Sarawak untuk terus berinovasi, berfikiran kreatif, dan sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan LPKP Sarawak. Semoga tahun 2025 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian yang membanggakan sama ada buat agensi mahupun diri sendiri.
Dalam majlis yang sama, LPKP Sarawak turut mengadakan Majlis Penghargaan kepada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Purnamawati Noh, yang akan berpindah tugas ke Hospital Sentosa, Kuching bermula 15 Januari ini. Beliau telah berkhidmat bersama LPKP Sarawak selama 19 tahun sejak 14 November 2005.
LPKP Sarawak mendoakan semoga Puan Purnamawati terus sukses hendaknya serta dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tercinta.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim; Ketua Bahagian Pematuhan, Encik Faizul Azri Suhaili; serta warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!