LPKP Sarawak sertai Operasi Bersepadu JPJ Sarawak di Serian
KUCHING, 11 Disember 2025 – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian bersama-sama Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali telah menyertai Operasi Bersepadu anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak bertempat di Stesen Penguatkuasa Serian.
Operasi Bersepadu yang diketuai oleh Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Norizan Jili, diadakan adalah bertujuan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas kenderaan barangan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat pelesenan serta tidak membawa muatan berlebihan.
Selain itu, Encik Michael Kong turut diberikan taklimat ringkas berkenaan pengoperasian harian di stesen tersebut serta menyaksikan demonstrasi proses menimbang lori semasa pemeriksaan kenderaan barangan. Sebanyak 14 buah kenderaan barangan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut berlangsung.
Hadir sama dalam operasi tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pematuhan LPKP Sarawak, Encik Faizul Azri Suhaili; Ketua Seksyen Operasi, Encik Saifullah Haji Ali serta wakil daripada JKR Sarawak.











