LPKP Sarawak anjur Ceramah Isu Penyalahgunaan Dadah Di Tempat Kerja buat warganya
KUCHING, 31 Oktober 2025 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menganjurkan sesi ceramah bertajuk Isu Penyalahgunaan Dadah Di Tempat Kerja kepada warganya bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, pagi tadi.
Sesi ceramah diadakan adalah bertujuan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran warga kerja LPKP Sarawak mengenai bahaya dan implikasi penyalahgunaan dadah serta kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan produktif.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Antidadah, Encik Wilson anak Radi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.
Seramai 40 orang warga LPKP Sarawak daripada Ibu Pejabat, Cawangan Sibu dan Miri telah menghadiri sesi ceramah tersebut yang turut diadakan secara atas talian.


















