Bantuan Insentif Pemerkasa + 2021

Pemandu Teksi dan Kereta Sewa

1. Apakah nama inisiatif ini?

Bantuan insentif khas di bawah Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021 sebanyak RM500 secara one-off untuk Pemandu Teksi dan Kereta Sewa.

2. Siapakah yang layak menerima bantuan PEMERKASA + 2021 ini?

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Penerima bantuan intensif PERMAI 2021 sebanyak RM500; dan

(iii) Memiliki permit yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan Lesen PSV masih dalam tempoh salahlaku pada 31 Mac 2021;

(iv) Memiliki Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021;

(v) Pemandu dan Penolong Pemandu yang memenuhi kriteria (iii) dan (iv) boleh memohon; dan

(vi) Tidak menerima mana-mana bantuan intensif yang lain di bawah Bantuan Intensif PEMERKASA + 2021.

3. Saya adalah penerima bantuan intensif PERMAI 2021, adakah saya masih layak untuk kali ini?

Ya, semua Pemandu Teksi dan Kereta Sewa yang telah layak menerima Bantuan Intensif PERMAI 2021 adalah kayak secara automatik dengan syarat memiliki permit dan Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan Lesen PSV yang masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021. Permohonan baru tidak perlu dibuat dan pembayaran akan dibuat secara auto-kredit terus ke akaun bank anda.

4. Saya bukan penerima bantuan insentif PERMAI 2021 sebelum ini, adakah saya boleh memohon bantuan intensif PERMAI + 2021 ini dan bagaimana cara bayaran ini?

Bagi bukan penerima Bantuan Intensif PERMAI 2021, namun telah memenuhi kriteria kelayakan kali ini, anda boleh memohon dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut short.at/xEU22 bermula pada 26 Jun 2021. Pembayaran akan dibuat kepada pemandu yang layak secara auto-kredit terus ke akaun bank masing-masing setelah proses semakan kriteria kelayakan dibuat.

5. Bilakah Pemandu Teksi dan Kereta Sewa akan menerima bantuan intensif ini?

Pembayaran akan dibuat kepada pemandu yang layak secara auto-kredit terus ke akaun bank masing-masing setelah proses semakan kelayakan dibuat.

6. Adakah semua permohonan baru yang dibuat layak menerima bantuan intensif ini secara automatik?

Tidak, semua permohonan baru akan disemak terlebih dahulu bagi memastikan kriteria kelayakan dipenuhi sebelum pemandu tersebut dianggap layak menerima bantuan intensif ini.

7. Saya adalah pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing, adakah saya layak menerima dua atau lebih bayaran bantuan intensif ini?

Tidak, anda hanya layak menerima bayaran bantuan intensif bagi 1 kategori sahaja.

8. Sekiranya saya memiliki dua buah atau lebih teksi / kereta sewa, adakah saya layak menerima dua kali atau lebih bantuan intensif ini?

Tidak, bantuan intensif ini dibayar secara ine-off kepada setiap pemandu dan penolong sahaja, bukan mengikut jumlah permit atau kenderaan yang dimiliki.

9. Kad pemandu saya tamat semasa tempoh ketika PKP ini.k Bagaimana saya nak pastikan saya layak menerima bantuan ini?

Bagi menerima Bantuan Intensif Permai 2021, anda adalah layak secara automatik untuk menerima Bantuan Intensif PEMERKASA + 2021 ini dengan syarat memiliki permit dan Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan Lesen PSV yang masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021. Bagi permohonan baru, pastikan Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021.

10. Kad Pemandu saya telah tamat tempoh sebelum PKP (31 Mac 2021), namun saya tidak memperbaharui Kad Pemandu sebelum kad tamat tempoh. Adakah saya layak memohon Bantuan Intensif PEMERKASA + 2021?

Bagi penerima Bantuan Intensif PERMAI 2021, anda adalah kayak secara automatik untuk menerima Bantuan Intensif PEMERKASA + 2021 ini dengan syarat memiliki permit dan Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan Lesen PSV yang masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021. Bagi permohonan baru, Kad Pemandu anda hendaklah aktif dan masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021. Semakan maklumat Kad Pemandu yang aktif dan mengambilkira Kad Pemandu yang masih sah lau pada 31 Mac 2021 sahaja.