Bantuan Insentif Pemerkasa + 2021
Pemandu Bas Sekolah
1. Apakah nama inisiatif ini?
Bantuan intensif khas di bawah Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021 sebanyak RM500 secara one-off untuk Pemandu Bas Sekolah.
2. Siapakah yang kayak menirma bantuan PEMERKASA + 2021 ini?
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Penerima bantuan intensif PERMAI 2021 sebanyak RM500; dan
(iii) Memiliki Lesen Vakasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan pihak JPJ pada 31 Mac 2021;
(iv) Memiliki permit (pemilikan individu) atau bekerja dengan Syarikat Bas Sekolah yang memiliki permit yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021;
(v) Pemandu bas sekolah yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri (GLC) tidak layak menerima bantuan intensif ini;
(vi) Bagi pemandu yang bekerja dengan Syarikat Bas Sekolah, pihak syarikat diwajibkan mengemukakan Surat Pengesahan Pemandu menggunakan Letterhead dan diemelkan dalam bentuk PDF / JPG ke emel pelesenanlpkpsrwk@gmail.com
(vii) Tidak menerima mana-mana bantuan intensif yang lain di bawah Bantuan Intensif PEMERKASA + 2021.
3. Saya adalah penerima bantuan intensif PERMAI 2021, adakah saya masih layak untuk kali ini?
Ya, semua Pemandu Bas Sekolah yang telah layak menerima Bantuan Intensif PERMAI 2021 adalah layak secara automatik dengan syarat memiliki permit (pemilikan individu) atau bekerja dengan Syarikat Bas Sekolah yang memiliki permit yang dikeluarkan oleh LPKP Sarawak dan Lesen Vokasional (PSV) dengan pihak JPJ yang masih dalam tempoh sahlaku pada 31 Mac 2021. Permohonan baru tidak perlu dibuat dan pembayaran akan dibuat secara auto-kredit terus ke akaun bank anda.
4. Saya bukan penerima bantuan intensif PERMAI 2021 sebelum ini, adakah saya boleh memohon bantuan intensif PEMERKASA + 2021 ini dan bagaimana cara bayaran dibuat?
Bagi bukan penerima Bantuan Intensif PERMAI 2021, namun telah memenuhi kriteria kelayakan kali ini, anda boleh memohon dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut shorturl.at/xEU22 bermula pada 26 Jun 2021. Pembayaran akan dibuat kepada pemandu yang layak secara auto-kredit terus ke akaun bank masing-masing setelah proses semakan kriteria kelayakan tersebut.
5. Bilakah Pemandu Bas Sekolah akan menerima bantuan intensif ini?
Pembayaran akan dibuat kepada pemandu yang layak secara auto-kredit terus ke akaun bank maisng-masing setelah proses semakan kelayakan dibuat.
6. Adakah semua permohonan baru yang dibuat layak menerima bantuan intensif ini secara automatik?
Tidak, semua permohonan baru akan disemak terlebih dahulu bagi memastikan kriteria kelayakan dipenuhi sebelum pemandu tersebut dianggap layak menerima bantuan intensif ini.
7. Saya adalah pemandu bas sekolah, teksi, kereta sewa dan e-hailing, adakah saya layak menerima dua atau lebih bayaran bantuan intensif ini?
Tidak, anda hanya layak menerima bayaran bantuan intensif bagi 1 kategori sahaja.
8. Sekiranya saya memiliki dua buah atau lebih bas sekolah, adakah saya layak menerima dua kali atau lebih bantuan intensif ini?
Tidak, bantuan intensif ini dibayar secara one-off kepada setiap pemandu atau pemandu ganti sahaja, bukan mengikut jumlah permit atau kenderaan yang dimiliki