Datuk Ding Dilantik Sebagai Pengerusi LPKP Sarawak yang baharu
Published On: Mei 17, 2022Categories: Berita, Galeri

KUCHING, 17 Mei – Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Pengerusi LPKP Sarawak yang

baharu kepada YB Datuk Ding Kuong Hiing yang diadakan di pejabat Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), di sini hari ini.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ahli-ahli Lembaga LPKP Sarawak iaitu Setiausaha Tetap MOTS, Datu Buckland Bangik; Pengarah LPKP Sarawak, Puan Masitah

Annuar; Pengarah JPJ Sarawak, Encik Norizan Jili; Timbalan Pengurus PUSPAKOM Wilayah Sabah & Sarawak, Puan Liza Jayub Abdullah; Encik Milton Foo (SUPP); Dr.

Lawrence Tseu Sed Kong (MOTS) dan Encik Thomson Jutis (PUSPAKOM) .

Dato Sri Lee merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Ding di atas pelantikan tersebut. Beliau turut menyentuh isu parkir lori yang sering menimbulkan masalah

kepada orang awam dan menyeru agar Ahli-ahli Lembaga LPKP Sarawak bersama-sama mengkaji jalan penyelesaiannya. Pada majlis yang sama, taklimat ringkas

mengenai organisasi LPKP Sarawak turut disampaikan oleh Puan Masitah Annuar.  Sementara itu, dalam ucapan sulung Pengerusi LPKP Sarawak yang baharu,

Datuk Ding menyatakan beliau berbesar hati di atas pelantikan tersebut dan berjanji akan menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Turut hadir

sama ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali dan pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!