18 April 2026 : Hijau bukan sekadar warna — tapi gaya hidup
Published On: April 21, 2026Categories: Uncategorized @ms
Sekitar KARNIVAL HIJAU: KOMUNITI BERINOVASI DAN PROGRAM PESTA BUBUK 2026 yang berlangsung meriah pada 18 April 2026 di Tapak Pesta Bubuk, Kuala Baram, Miri 💚
Turut serta sebagai agensi pempamer ialah LPKP Cawangan Miri, yang berkongsi maklumat serta khidmat nasihat berkenaan perkhidmatan agensi kepada orang awam sepanjang program berlangsung.
Pelbagai aktiviti menarik berjaya menghimpunkan komuniti dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, inovasi komuniti serta semangat kebersamaan. 🤝
Program anjuran Majlis Bandaraya Miri ini turut menyokong aspirasi pembangunan mampan selaras dengan SDG dan Pelan Pembangunan Sarawak 2030 (PCDS 2030). 🌏
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung booth kami serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
LPKP Sarawak – Komited Memperkasa Pengangkutan, Memacu Kesejahteraan Rakyat.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!