Sesi Perjumpaan Khas Ahli Lembaga LPKP Sarawak
KUCHING: Khamis – Satu Sesi Perjumpaan Khas Ahli Lembaga LPKP Sarawak yang dipengerusikan oleh Pengerusi LPKP Sarawak, YB Dr. Ripin Lamat, telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama LPKP Sarawak, pagi tadi.
Semasa perjumpaan, beliau menyarankan supaya LPKP Sarawak meneruskan program yang telah dirancang seperti program Kaunter Bergerak serta program outreach bagi mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan LPKP Sarawak kepada orang awam.
Sesi tersebut merupakan perjumpaan terakhir Dr. Ripin Lamat sebagai Pengerusi LPKP Sarawak bersama Ahli-Ahli Lembaga LPKP Sarawak yang telah beliau sandang sejak 14 Mei 2020.
Justeru itu, Ahli-Ahli Lembaga dan seluruh warga kerja LPKP Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas pelantikan YB Dr. Ripin Lamat sebagai Menteri Muda II Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Ucapan terima kasih segunung intan juga buat beliau di atas khidmat dan idea yang telah dicurahkan sepanjang bersama di LPKP Sarawak.
Hadir sama ke sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pengerusi, Dato Peter Minos; Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar; Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Mathew Manggi; Timbalan Pengurus Wilayah PUSPAKOM Sabah dan Sarawak, Liza Jayub Abdullah; Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Razami Mohamad Jamali; wakil daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dr. Lawrence Tseu Sed Kong serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.