28 OGOS 2026 : TEKSI MADANI: BUKAN SEKADAR PEMBAHARUAN KENDERAAN, TAPI TRANSFORMASI INDUSTRI
Published On: September 1, 2026Categories: Aktiviti, Galeri, Makluman
KUCHING, 28 OGOS 2026 – Industri teksi Sarawak melakar satu lagi langkah ke hadapan menerusi Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Sarawak yang telah dirasmikan pagi tadi oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah.
Program ini bukan sekadar menggantikan kenderaan lama dengan kenderaan baharu. Lebih daripada itu, Teksi MADANI membawa aspirasi untuk mentransformasikan ekosistem industri teksi secara menyeluruh, dengan memberi perhatian kepada empat manfaat utama:
1. Penggunaan Kenderaan Yang Lebih Moden dan Cekap
2. Penambahbaikan Proses Pemeriksaan Berkala
3. Pembiayaan Yang Lebih Fleksibel
4. Identiti Baharu Teksi Malaysia
Majlis anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dengan kerjasama PROTON Holdings itu turut menghimpunkan kira-kira 150 orang pemandu teksi dan e-hailing di Kuching.
Pelbagai pengisian menarik disediakan, antaranya sesi perkongsian Pocket Talk daripada PERKESO, LPKP Sarawak, Grab Malaysia dan PROTON Holdings, selain pembukaan reruai pameran agensi dan pengendali e-hailing serta pameran PROTON S70 yang dipilih sebagai model teksi di bawah program ini.
Turut hadir ialah Pengerusi LPKP Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian; Timbalan Setiausaha Bahagian Darat, MOT, Dr. Azrin Abdul Majid; Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Ir. Chong Chi Fam; Pengarah JPJ Sarawak, Encik Norizan Jili serta Pengarah LPKP Sabah, Encik Dairin Unsir.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!