Sesi Taklimat Perkembangan Terkini Pelaksanaan Autonomous Rapid Transit (ART) Dan Kuching Urban Transportation System (KUTS) oleh Sarawak Metro Sdn. Bhd.
KUCHING, 5 Julai – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian telah mempengerusikan sesi Taklimat Perkembangan Terkini Pelaksanaan Autonomous Rapid Transit (ART) Dan Kuching Urban Transportation System (KUTS) oleh Sarawak Metro Sdn. Bhd. bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi taklimat yang dianjurkan oleh LPKP Sarawak ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan status terkini pelaksanaan ART dan KUTS pada laluan Merah dan Biru yang meliputi Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Komunikasi Korporat dan SEED2 Sarawak Metro, Encik Alexius Barieng.
Hadir sama ke sesi taklimat tersebut ialah Ahli Parlimen Stampin merangkap ADUN Padungan, YB Tuan Chong Chieng Jen; ADUN Batu Lintang, YB Tuan See Chee How; Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali serta wakil-wakil ADUN kawasan yang terlibat.