Sesi Taklimat LPKP Sarawak Bersama PETROSNiaga
Sesi Taklimat LPKP Sarawak Bersama PETROSNiaga
KUCHING, 28 Mac – Pengerusi LPKP Sarawak, YBrs. Encik Michael Kong Feng Nian bersama ahli-Ahli Lembaga serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak telah diberikan satu sesi Taklimat oleh PETROSNiaga di Ibu Pejabat LPKP Sarawak pagi tadi.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi ruang kepada PETROSNiaga bagi menerangkan struktur dan tatacara pengurusan aktiviti pengangkutan Gas Petroleum Cecair (GPC) di Sarawak yang mana PETROSNiaga merupakan pengedar GPC tunggal di Sarawak semenjak Disember 2023.
Taklimat telah disampaikan oleh Penasihat Teknikal dan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti & Persekitaran PETROSNiaga, Encik Fredrick Aidan serta turut dihadiri oleh Penasihat Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti & Persekitaran PETROSNiaga, Encik Peter Nagai.