Sesi perjumpaan pihak Kuching Sentral bersama Pengarah LPKP Sarawak
KUCHING, 27 Ogos – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mempengerusikan sesi perjumpaan bersama pihak pengurusan Kuching Sentral bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching.
Sesi perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk menerangkan sistem perkomputeran terkini yang sedang digunapakai di Kuching Sentral serta berkongsi informasi terkini tentang pengendalian pengurusan Kuching Sentral.
Rombongan daripada Kuching Sentral telah diketuai oleh Pengarah Kuching Sentral, Tuan Haji Abdul Aziz Yaman. Manakala sesi taklimat berkaitan pengurusan Kuching Sentral telah disampaikan oleh salah seorang Pengarah Kuching Sentral, Dr. Wong Wing Seong.
Turut hadir semasa sesi perjumpaan tersebut ialah Ketua Bahagian Pengangkutan Darat & Logistik, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Chong Chi Fam; wakil daripada JPJ Sarawak serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.