Sesi Perjumpaan Pengerusi EAIC bersama Pengarah LPKP Sarawak
Published On: November 11, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 8 November – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah mempengerusikan sesi perjumpaan bersama rombongan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching, pagi tadi.
Rombongan daripada EAIC telah diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar dan disertai oleh Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, Puan Asliza Ali; Pengarah Bahagian Operasi EAIC, Encik Mohd Asnawi Abu Hanipah; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik EAIC, Puan Jasmee Hameeza Jaafar; Pegawai Undang-Undang Bahagian Bahagian Dasar & Perancangan Strategik EAIC, Puan Noor Farahani Norizan dan Pegawai Tadbir Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik EAIC, Cik Aifa Syamira Mohamad Karim.
Manakala sesi taklimat organisasi LPKP Sarawak telah disampaikan sendiri oleh Puan Cornelia.
Menurut Tan Sri Dr. Ismail, sesi perjumpaan tersebut merupakan sesi pertama diadakan di Sarawak oleh pihak EAIC yang bertujuan untuk merapatkan hubungan bersama agensi penguatkuasaan di samping meningkatkan pemahaman mengenai tatakelola agensi terlibat.
Turut hadir sama semasa sesi perjumpaan tersebut ialah Ketua Bahagian Pematuhan LPKP Sarawak, Encik Faizul Azri Suhaili; Pegawai Undang-Undang LPKP Sarawak, Cik Jacqueline Charlie serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!