Sesi Perbincangan LPKP Sarawak Bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak
Sesi Perbincangan LPKP Sarawak Bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak
KUCHING, 29 November – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian telah mempengerusikan Sesi Perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak yang diadakan di Bilik Mesyuarat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi perbincangan tersebut diadakan bertujuan untuk mengetahui perkembangan dan status terkini projek tebatan banjir serta perparitan bagi memastikan kelancaran pengangkutan awam di sekitar Bandaraya Kuching tidak terjejas dengan isu banjir kilat terutama pada musim tengkujuh.
Turut hadir sama ke sesi taklimat tersebut ialah Ahli Parlimen Bandar Kuching, YB Dr. Kelvin Yii; Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Pengurusan Aset, JPS Sarawak, Encik Ir. Lee Wai Neng; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Sarawak, Puan Normahyusri Mohd Annuar; Timbalan Pengarah Projek KUTS Sarawak Metro, Encik Prabu Ganesh; wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Cik Flora Aryntia Lowrence serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.