Sesi Libat Urus LPKP Sarawak Bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA)
KUCHING, 18 Mac – Pengerusi LPKP Sarawak, Encik Michael Kong Feng Nian telah menghadiri sesi Libat Urus LPKP Sarawak bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) di Ibu Pejabat LPKP Sarawak pagi tadi.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas ahli-ahli persatuan SBTCA yang terdiri daripada syarikat-syarikat bas seluruh Sarawak mengenai cadangan pelaksanaan pemasangan GPS ke atas Bas Ekspres. Sementara itu, Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Encik Razami Mohamad Jamali turut menerangkan pelaksanaan Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB).
Hadir bersama dalam sesi libat urus ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling; Pengerusi SBTCA, Encik Mohd. Atan Abdullah serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.