Sesi Lawatan MIROS ke LPKP Sarawak
Published On: Julai 5, 2024Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 21 Jun – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menerima lawatan daripada rombongan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, pagi tadi.
Sesi lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan Industry Code of Practice (ICOP) di Sarawak. Taklimat ICOP telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan MIROS, TS. Ahmad Saife Salleh.
Rombongan MIROS diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan & Biomekanik MIROS, Ts. Zulhaidi Mohd Jawi; Ketua Unit Kenderaan Dagangan MIROS, Ts. Muhammad Syukri Abdul Khalid; Pegawai Penyelidik, Encik Mohamad Suffian Ahmad, Haji Aizzat Syazwan Amir dan Encik Mohd. Rosli Mohd Noor.
Hadir sama ke sesi tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Abang Hj. Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!