Sesi Kunjungan Hormat Pengerusi LPKP Sarawak kepada YB Menteri Pengangkutan Sarawak
Published On: April 8, 2024Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman
Sesi Kunjungan Hormat Pengerusi LPKP Sarawak kepada YB Menteri Pengangkutan Sarawak
KUCHING, 4 April – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin bertempat di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik di antara LPKP Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak serta membincangkan usaha-usaha untuk memperkasakan industri pengangkutan khususnya pengangkutan awam di Sarawak.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Selamat Jati Yanjah; Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!