Sesi Kunjungan Hormat Nexus Produktiviti Logistik (LPN), MPC kepada Pengarah LPKP Sarawak
Published On: April 1, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
Sesi Kunjungan Hormat Nexus Produktiviti Logistik (LPN), MPC kepada Pengarah LPKP Sarawak
KUCHING, 1 April – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menerima kunjungan hormat daripada Nexus Produktiviti Logistik (LPN), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, pagi tadi iaitu 1 April 2024.
Sesi kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengarah MPC Sarawak, YBrs. Dr. Mazlina Shafi’i serta rombongan yang bertujuan membincangkan isu dan hala tuju industri pengangkutan logistik antara Sarawak dan Sabah.
Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Setiausaha Nexus Produktiviti Logistik (LPN), Puan Nazahiah Mohamad serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!