Sesi Kunjungan Hormat MPC Sarawak ke LPKP Sarawak
Sesi Kunjungan Hormat MPC Sarawak ke LPKP Sarawak
KUCHING, 17 Mac – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sarawak bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Sesi kunjungan hormat tersebut yang diketuai oleh Pengarah MPC Sarawak, YBrs. Dr. Mazlina Shafi’i serta rombongan adalah bertujuan untuk memperkenalkan Program Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) kepada LPKP Sarawak dan seterusnya kepada agensi-agensi Persekutuan yang lain di Sarawak.
RKB merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyemak dan menambah baik peraturan-peraturan serta proses birokrasi yang membebankan perniagaan dan rakyat. Tujuan utama RKB adalah untuk mengurangkan kerenah dan bebanan birokrasi yang tidak lagi relevan, menjadikan urusan lebih mudah dan efisien, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Hadir sama semasa sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pematuhan, Encik Faizul Azri Suhaili serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.