Sesi Dialog Pengerusi LPKP Sarawak bersama Persatuan Teksi & Kereta Sewa Zon Utara Dan Persatuan Lori di Sarawak
Published On: April 22, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
Sesi Dialog Pengerusi LPKP Sarawak bersama Persatuan Teksi & Kereta Sewa Zon Utara Dan Persatuan Lori di Sarawak
MIRI, 18 April – Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, YBrs. Tuan Michael Kong Feng Nian telah mengadakan dua siri Sesi Dialog bersama Persatuan Teksi & Kereta Sewa Zon Utara dan Sesi Dialog bersama Persatuan Lori di Sarawak bertempat di Pejabat Laut Miri.
Sesi dialog tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan isu-isu yang dihadapi oleh pemain industri di lapangan serta
membincangkan usaha-usaha bagi memperkasakan industri pengangkutan di Sarawak.
Seramai 11 orang wakil Persatuan-Persatuan Teksi & Kereta Sewa Zon Utara telah menghadiri sesi dialog tersebut pada sebelah pagi.
Manakala pada sebelah petangnya pula, seramai 17 orang ahli Persatuan Lori di Sarawak telah menyertai sesi dialog yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Lori Sarawak, Encik Ling Kah Kiong.
Hadir sama dalam kedua-dua sesi dialog tersebut ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Encik Wan Asraf Wan Salleh; Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Pengarah JPJ Sarawak, Encik Norizan Jili serta Ahli-Ahli Lembaga yang lain.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!