Sesi Dialog Pengerusi LPKP Sarawak bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA)
Sesi Dialog Pengerusi LPKP Sarawak bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA)
KUCHING, 28 Mac – Pengerusi LPKP Sarawak, YBrs. Encik Michael Kong Feng Nian telah mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Syarikat Pengangkutan Bas Sarawak (SBTCA) bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak.
Seramai 11 orang ahli persatuan yang terdiri daripada syarikat-syarikat bas di Sarawak telah menghadiri sesi dialog tersebut yang diketuai oleh Pengerusi SBTCA, Encik Mohd. Atan Abdullah dan Setiausahanya, Encik William Chan.
Beberapa isu yang berkaitan dengan industri pengangkutan bas di Sarawak telah dibincangkan semasa sesi dialog tersebut.
Hadir sama dalam sesi dialog tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.