SESI DIALOG BERSAMA PERSATUAN-PERSATUAN LORI SARAWAK PADA 13 JULAI 2023 DI PEJABAT LAUT MIRI
LPKP Sarawak anjur Sesi Dialog bersama Persatuan-Persatuan Lori Sarawak
MIRI, 13 Julai: LPKP Sarawak telah menganjurkan program Sesi Dialog bersama Persatuan-Persatuan Lori Sarawak yang berlangsung di Auditorium Pejabat Laut Miri pada sebelah pagi.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Setiausahanya merangkap Pengarah LPKP Sarawak, Puan Masitah Annuar yang bertujuan untuk mendapatkan isu-isu dan maklum balas daripada persatuan-persatuan lori terutama yang melibatkan isu-isu pergerakan kenderaan perdagangan rentas sempadan Malaysia – Brunei.
Seramai 12 orang peserta yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Lori Sarawak, Encik Ling Kah Kiong serta wakil persatuan-persatuan lori telah hadir menyertai sesi dialog tersebut.
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak (Bahagian Pelesenan), Puan Rosidah Mohtar; Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Puan Noraini Mohd. Nawi; wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Encik Julin Alen; wakil PUSPAKOM Miri, Encik Jebree Julaihi serta pegawai-pegawai kanan LPKP Sarawak.