Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di LPKP Sarawak
Warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak adakan sambutan Tahun Baharu Cina 2024
KUCHING, 23 Februari – Pengarah LPKP Sarawak Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak telah mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di sini, pagi tadi.
Dalam ucapan amanat, beliau berterima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program sambutan Tahun Baharu Cina kali ini. Beliau juga berharap agar semua warga kerja LPKP Sarawak diberikan kesihatan yang baik serta dikurniakan kemakmuran sepanjang tahun ini. Puan Cornelia turut menyampaikan sumbangan daripada warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak kepada Puan Purnamawati Noh di atas musibah yang dialami.
Pada masa yang sama, beberapa orang pegawai Ibu Pejabat LPKP Sarawak yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari 2024 turut diraikan dalam majlis tersebut.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim; Pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak.