Penutupan Program Santuni MADANI LPKP Sarawak
Published On: Oktober 17, 2024Categories: Aktiviti, Articles
Program Santuni MADANI LPKP Sarawak Di Kampung Tebakang Melayu, Serian
KUCHING, 5 Oktober – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah merasmikan Penutupan Program Santuni MADANI LPKP Sarawak bertempat di Balai Raya, Kampung Tebakang Melayu, Serian.
Program Santuni MADANI atau Program Satu Pemimpin Satu Kampung merupakan hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Kampung Cherok To’ Kun, Pulau Pinang pada 5 Mei 2024.
Objektif program ini adalah untuk memperkayakan sikap cakna pemimpin menyantuni dan menjadi suri teladan kepada penduduk kampung kelahiran; memupuk budaya “sense of belonging” dan “proud with” dalam kalangan pemimpin terhadap kampung kelahiran; dan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk dengan prinsip Localized Sustainable Development Goals (SGD).
Sehubungan dengan itu, LPKP Sarawak telah memilih Kampung Tebakang Melayu, Serian sebagai Kampung Angkat LPKP Sarawak. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah Sesi Ceramah dan Motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini bersama ibu bapa masing-masing. Seramai 60 orang pelajar dan para ibu bapa pelajar telah menghadiri sesi ceramah dan motivasi pada hari tersebut yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan daripada Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Encik Jamaludin bin Sabi dan Dr. Suhaili bin Jaya.
Pada majlis tersebut, Puan Cornelia turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penghulu, Ketua Kampung Tebakang Melayu dan JKKK Kampung, Penceramah, Pengetua SMK Tebakang serta kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program pada hari tersebut.
Hadir sama ke program tersebut ialah Penghulu Hj. Sahali Hj. Rayan; Ketua Kampung Tebakang Melayu, Encik Senyem Han; Pengetua SMK Tebakang, Encik Banjamin anak Spencer Latip serta Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Dr. Siti Nursheila Khairuddin Yap.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!