Mesyuarat dan Perbincangan Mengenai Logistik dan Pengangkutan di Sarawak bersama YB Menteri Pengangkutan Sarawak
Mesyuarat dan Perbincangan Mengenai Logistik dan Pengangkutan di Sarawak bersama YB Menteri Pengangkutan Sarawak
KUCHING, 23 April – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menghadiri Mesyuarat dan Perbincangan mengenai Logistik dan Pengangkutan di Sarawak yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin bertempat di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan di lapangan dalam usaha memperkasakan lagi industri logistik dan pengangkutan di Sarawak.
Mesyuarat telah dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Lori Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Lori Sarawak, Encik Ling Kah Kiong dan Pengerusi Persatuan Ajensi-Ajensi Penghantaran Sarawak (Sarawak Forwarding Agencies Association), Encik William Liang Tak Chiang bersama ahli-ahli persatuan.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), Encik Selamat Jati Yanjah; Pengarah JPJ Sarawak, Encik Norizan Jili; serta Timbalan Pengurus Wilayah, PUSPAKOM Sabah & Sarawak, Puan Liza Jayub Abdullah.