Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2024 di LPKP Sarawak
KUCHING, 21 Jun – Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui bersama-sama warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak telah mengadakan majlis sambutan Hari Gawai Dayak 2024 hari ini.
Dalam ucapan amanat beliau, kepelbagaian kaum dan etnik di Sarawak membolehkan rakyatnya meraikan pelbagai perayaan seperti Hari Gawai Dayak bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau juga menasihati semua warga LPKP Sarawak agar sentiasa menjaga kesihatan diri serta pemakanan supaya boleh menikmati ganjaran persaraan dalam keadaan badan yang sihat.
Puan Cornelia turut menyampaikan sumbangan daripada warga Ibu Pejabat LPKP Sarawak kepada Cik Nurhafizah Mahrib di atas pemergian bapanya ke rahmatullah baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Nurhafizah dan Khairuddin turut diraikan sempena sambutan hari lahir bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2024.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim; Pegawai-pegawai kanan serta warga kerja Ibu Pejabat LPKP Sarawak.