Majlis Penutupan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Organisasi LPKP Sarawak
Published On: Julai 9, 2024Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 3 Julai – Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui telah menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Organisasi bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga.
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk merangka serta mewujudkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) LPKP Sarawak yang lebih holistik dan selari dengan halatuju Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Bengkel selama tiga hari yang bermula 1 Julai lepas telah dibimbing oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sarawak iaitu Encik Bruce Kini Jesse dan Encik Siw Woo Kiiong selaku fasilitator bengkel.
Seramai 15 orang pegawai LPKP Sarawak daripada Ibu Pejabat Kuching, Cawangan Sibu serta Miri telah menyertai bengkel tersebut.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar dan Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Abang Hj. Ibrahim.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!