Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 MOT
Published On: Januari 6, 2025Categories: Aktiviti, Berita, Galeri, Makluman
Warga kerja LPKP Sarawak sertai Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 MOT secara maya.
KUCHING, 6 Januari 2025 – Warga kerja LPKP Sarawak bersama-sama warga Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah menyertai Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 MOT secara maya, pagi tadi.
Amanat Tahun Baharu 2025 MOT yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Tuan Loke Siew Fook, bersiaran secara langsung dari Dewan Serbaguna, Aras 2 MOT, Putrajaya telah disaksikan bersama di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, LPKP Cawangan Sibu dan juga LPKP Cawangan Miri.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pengarah LPKP Sarawak, Puan Cornelia Wong Chui; Timbalan Pengarah, Encik Razami Mohamad Jamali; Ketua Bahagian Pelesenan, Puan Rosidah Mohtar; Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Encik Abang Zulkarnain Haji Abang Ibrahim; Ketua Bahagian Pematuhan, Encik Faizul Azri Suhaili; Ketua-Ketua Cawangan serta warga kerja LPKP Sarawak.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!