LPKP Sarawak Sertai Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak 2024
KUCHING, 9 November – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menyertai pameran agensi kerajaan selama dua hari bersempena dengan program Karnival Kita MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak bertempat di Penview Convention Centre (PCC), Demak, Kuching.
Program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), YB Datuk Abdullah Saidol yang mewakili YAB Premier Sarawak. Beliau turut meluangkan masa untuk melawat reruai LPKP Sarawak serta agensi-agensi lain.
Pada program tersebut LPKP Sarawak mengambil peluang mengadakan sesi Roadshow i-SPKP dan Outreach Kuching Siri 2/2024 yang merupakan aktiviti turun padang bagi mendekati masyarakat seterusnya mempromosikan LPKP Sarawak kepada orang awam yang berpotensi untuk melesenkan kenderaan perdagangan.
Pada masa yang sama, reruai LPKP Sarawak turut menawarkan khidmat nasihat pelesenan kenderaan perdagangan, kaunter pertanyaan dan aduan yang melibatkan kenderaan perdagangan di samping mempromosikan sistem i-SPKP kepada pengunjung yang hadir serta proses pendaftaran syarikat kenderaan perdagangan secara atas talian.
Turut hadir semasa program tersebut ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat LPKP Sarawak, Puan Normah Ja’afar dan pegawai daripada pihak Century Software, Encik Safizul Faizad.
Terima kasih Jabatan Penerangan Sarawak di atas jemputan sebagai pempamer