LPKP Sarawak anjur Sesi Perkongsian Ilmu buat warganya.
Published On: Ogos 1, 2025Categories: Aktiviti, Articles, Berita, Galeri, Makluman
KUCHING, 1 Ogos – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Bil.1/2025 kepada warganya bertempat di Ibu Pejabat LPKP Sarawak, Jalan Simpang Tiga, pagi tadi.
Sesi perkongsian ilmu yang bertajuk Kenali LPKP dan Siapa Saya telah disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang, Puan Jacqueline anak Charlie daripada Unit Undang-Undang LPKP Sarawak.
Seramai 40 orang warga LPKP Sarawak daripada Ibu Pejabat, Cawangan Sibu dan Miri telah menghadiri sesi perkongsian ilmu tersebut yang turut diadakan secara dalam talian.

Kami Sedia Berkhidmat

Dapatkan khidmat nasihat daripada kami berkaitan pelesenan dan perkhidmatan semasa kami.

Hubungi kami!